SOYUZ MS-14 yang berlepas dari pusat kapal angkasa Baikonur Russia di Kazakhstan.
AFP

MOSCOW: Kapal angkasa Soyuz yang membawa robot manusia pertama Russia hari ini gagal berlabuh secara automatik di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Moscow.

Menurut agensi berkenaan, kapal angkasa itu cuba berulang kali selepas dijadualkan mendarat sekitar jam 5.30 pagi (waktu tempatan).

Agensi angkasa lepas Russia, Roskomos yang menyiarkan acara itu secara langsung terganggu kerana kedudukan kapal angkasa Soyuz berada kira-kira 100 meter dari ISS.

Robot bernama Fedor itu sepatutnya belajar membantu angkasawan di stesen angkasa lepas selama 10 hari.

Selepas disenarai pendek untuk Penyelidikan Objektif Ujian Eksperimen Akhir, Fedor adalah yang pertama dihantar oleh Russia.

Fedor meletup Khamis lalu dalam kapal angkasa Soyuz MS-14 yang berlepas dari pusat kapal angkasa Baikonur Russia di Kazakhstan dan berada di ISS sehingga 7 September.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 3:12 PM