EWAN McGregor memegang kembali watak Master Jedi, Obi-Wan Kenobi.
Reuters

ANAHEIM: Pelakon Ewan McGregor memegang kembali watak Master Jedi, Obi-Wan Kenobi dalam satu siri yang bakal disiarkan menerusi khidmat penstreaman terbaharu Disney.

Pelakon dari Scotland itu berkata, dia berasa lega dapat mengumumkan perkembangan terbaharu itu selepas membawakan watak Obi-Wan menerusi tiga filem Star Wars bermula dengan ‘The Phantom Menace’ pada 1990.

Berita itu diumumkan ketika dia menghadiri ekspo konvensyen peminat Walt Disney Co’s D23 di California.

Penggambaran siri itu dijangka bermula tahun depan, kata Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy.

Pedro Pascal, pelakon ‘Game of Thrones’ dan ‘Narcos’ turut membintangi siri terbaharu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 2:21 PM