TENTERA berkawal di sekitar Kashmir.
Reuters

SRINAGAR: Sekurang-kurangnya 152 mengalami kecederaan akibat gas pemedih mata dan peluru penabur sejak pihak berkuasa India melaksanakan tindakan keras di wilayah bertelingkah Kashmir.

Reuters melaporkan, angka itu diperoleh berdasarkan bilangan penduduk yang dihantar ke dua buah hospital.

Jurucakap kerajaan tempatan di Jammu dan Kashmir berkata, bilangan mangsa yang cedera mungkin lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan.

Katanya, kebanyakan yang dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa jam tidak disenaraikan termasuk juga mereka yang dirawat di beberapa hospital kecil.

Bagaimanapun, setakat ini kerajaan tidak mengeluarkan sebarang angka kematian dalam demonstrasi pada bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 3:00 PM