GAMBAR HIASAN
AFP

WARSAW: Beberapa orang dilaporkan maut, manakala 12 lagi cedera dalam ribut petir di kawasan pergunungan Tatra, selatan Poland semalam.

Ketua Pasukan Penyelamat, Jan Krzysztof memberitahu wartawan, seramai 12 orang dipanah petir di gunung Giewont.

“Kami turut menerima laporan kematian di beberapa lokasi di pergunungan Tatra,” katanya tanpa menyatakan jumlah sebenar mangsa yang terbunuh.

Menurut stesen televisyen TVN24, kilat memanah salib besi besar di puncak Giewont yang terletak berhampiran bandar Zakopane dan ketika itu, ramai pendaki berada di kawasan terbabit.

Meskipun keadaan cuaca buruk, pasukan penyelamat nekad mencari mangsa menggunakan helikopter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 12:48 AM