JOHNSON mengungguli senarai pelakon yang menerima bayaran paling lumayan, lapor majalah Forbes semalam. FOTO AFP
Reuters

LOS ANGELES: Pelakon aksi Hollywood, Dwayne Johnson yang membintangi filem francais, ‘Jumanji’ dan ‘Fast and Furious’ mengungguli senarai pelakon yang menerima bayaran paling lumayan, lapor majalah Forbes semalam.

Reuters yang memetik majalah itu berkata, bekas ahli gusti dikenali sebagai The Rock terbabit memperoleh pendapatan sebanyak AS$89.4 juta (RM373.8 juta) sejak Jun 2018 hingga Jun tahun ini.

Ia termasuk pendapatan dan keuntungan daripada beberapa filem iaitu bayaran AS$700,000 (RM2.92 juta) bagi setiap episod siri terbitan HBO, ‘Ballers’ dan bayaran royalti tujuh angka menerusi rangkaian pakaian, kasut dan fon kepala di bawah jenama Under Armour.

Tahun lalu, Johnson berada di kedudukan kedua selepas George Clooney yang memperoleh keuntungan daripada syarikat perniagaan tequila.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 12:14 PM