ORANG ramai menyaksikan rakaman anggota polis memukul warga emas di hospital di sebuah restoran. FOTO: AFP
AFP

HONG KONG: Dua pegawai polis Hong Kong ditahan hari ini selepas tersebarnya rakaman video aksi mereka memukul seorang lelaki tua di atas troli hospital.

Video yang dirakam pada akhir Jun lalu, menunjukkan dua pegawai berseragam memukul lelaki itu menggunakan tongkat dan menyumbat kain ke dalam mulutnya.

Tiada orang lain di dalam bilik membolehkan pegawai polis berkenaan bergilir-gilir mendera pesakit tua itu selama beberapa minit.

Polis berkata lelaki berkenaan ditahan di hospital ketika itu.

“Adalah jelas tindakan yang dilakukan oleh pegawai polis berkenaan menyalahi undang-undang.

“Setakat ini, dua pegawai terbabit ditahan kerana melakukan serangan sehingga menyebabkan kecederaan,” kata jurucakap polis John Tse, sambil menambah video berkenaan ditonton polis buat kali pertama hari ini.

Tse turut bersumpah sambil menegaskan ‘pegawai polis tidak dibenarkan menggunakan kekerasan demi kepentingan diri sendiri.’

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 9:55 PM