GAMBAR HIASAN
Agensi

NEW DELHI: Seorang lelaki menuntut cerai daripada isterinya kerana tidak tahan hanya dibenarkan makan ladu, kononnya atas arahan dukun, lapor media tempatan.

Menurut NDTV, lelaki itu membuat permohonan di mahkamah keluarga kerana hanya dibenarkan makan empat manisan berkenaan, masing-masing pada waktu pagi dan malam, selain tidak boleh langsung menjamah makanan lain antara tempoh itu.

Pasangan itu mempunyai tiga anak hasil perkahwinan 10 tahun.

Portal news18 melaporkan lelaki itu sakit selepas sekian lama menyebabkan isterinya menemui dukun untuk mengubatnya, sebelum menerima arahan pelik berkenaan.

Sementara itu, pegawai di pusat kaunseling pelik dengan alasan cerai berkenaan.

“Kami boleh memanggil pasangan itu untuk kaunseling, tetapi tidak boleh berbuat apa-apa dengan sikap si isteri mempercayai perkara karut. Dia benar-benar percaya ladu itu mampu mengubati suaminya dan enggan menerima pandangan lain,” kata seorang kaunselor.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 9:48 PM