SEORANG mangsa diusung pasukan keselamatan selepas dibebaskan dalam insiden tebusan di Jambatan Rio-Niteroi. FOTO AFP
Agensi

RIO DE JANEIRO: Polis Brazil menembak mati seorang lelaki bersenjata sekali gus menamatkan drama tebusan selama beberapa jam di dalam sebuah bas di sini hari ini, lapor media tempatan.

Seramai 16 penumpang bas berkenaan dijadikan tebusan selepas lelaki bersenjata itu menawan kenderaan berkenaan di atas jambatan yang menghubungkan bandar ini dan Niteroi.

Polis yang lengkap bersenjata mengepung bas berkenaan ketika mereka berunding dengan lelaki itu yang memakai kemeja putih dan seluar berwarna gelap serta bersenjatakan pistol dan membawa petrol, lapor berita G1.

Lelaki itu dilaporkan menaiki bas jam 5.30 pagi (waktu tempatan) dan mula mengancam penumpang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 9:08 PM