API marah menyebabkan 10,000 tempat tinggal musnah di Bangladesh.
AFP

DHAKA: Sekurang-kurangnya 10,000 orang hilang tempat tinggal selepas ia musnah dalam kebakaran besar di penempatan miskin di ibu kota Bangladesh.

Menurut AFP, kejadian berlaku di Mirpur, Dhaka lewat malam kelmarin dan memusnahkan kira-kira 2,000 pondok zink, kata jurucakap bomba.

Ketika kejadian, penduduk yang kebanyakannya bekerja di kilang pakaian berada di kampung halaman menyambut cuti Aidiladha bersama keluarga.

Bagaimanapun kejadian tidak mengakibatkan kematian dan hanya membabitkan beberapa mangsa yang mengalami cedera ringan.

“Jika ramai tidak pulang ke kampung, kesannya mungkin lebih teruk,” kata ketua polis, Golam Rabbani.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 3:08 PM