ANTARA selipar mangsa yang terlibat dengan nahas bom. FOTO/REUTERS
AFP

KABUL: Sekurang-kurangnya 63 maut manakala 182 lagi cedera dalam letupan yang mensasarkan sebuah majlis perkahwinan di ibu kota Afghanistan, kata pihak berkuasa hari ini.

AFP melaporkan, kejadian malam semalam berlaku ketika Amerika Syarikat dan Taliban di peringkat terakhir rundingan untuk mengurangkan anggota tentera di negara itu.

Bagaimanapun, Taliban menafikan mempunyai sebarang kaitan terhadap serangan itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, angka kematian itu adalah paling tinggi di Kabul dalam tempoh beberapa bulan lalu.

“Antara mereka yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 12:45 PM