MAJLIS perkahwinan di bom di Kabul. FOTO/REUTERS
AFP

KABUL: Sekurang-kurangnya 20 cedera dalam satu letupan di majlis perkahwinan di Kabul, Afghanistan semalam sementara seorang saksi mendakwa melihat beberapa mayat bergelimpangan di tempat kejadian.

AFP yang memetik jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, letupan itu berlaku di dewan majlis itu sekitar jam 10.40 malam.

Dia turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan keadaan mangsa di dewan makan terbabit.

Manakala jabatan kecemasan sebuah hospital turut mengesahkan 20 mangsa dibawa untuk menerima rawatan.

“Letupan #Kabul #Afghanistan di sebuah hotel ketika berlangsungnya majlis perkahwinan, kira-kira 20 orang pesakit dihantar ke hospital kami #masscasualty,” tulis pihak hospital dalam hantaran di Twitter.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 11:02 AM