KOKAIN disembunyikan di sebalik kotak pisang. FOTO/AFP
AFP

SOFIA: Seorang pekerja gudang menemui 75 kilogram dadah jenis kokain yang tersembunyi di sebalik kotak berisi pisang yang dihantar dari Ecuador ke pelabuhan Burgas, Bulgaria.

AFP yang memetik pendakwa raya wilayah Burgas, Georgy Chinez berkata, dadah terbabit dibungkus dengan pembalut logam dalam bentuk bata dan disembunyikan dalam muatan terdiri daripada 20,626 kotak pisang,

Menurut pihak berkuasa, muatan terbabit tiba di Burgas pada 27 Julai lalu dengan kapal yang berlepas dari Ecuador yang turut singgah di Itali.

Ketua polis Burgas, Kaloyan Kaloyanov berkata, seorang pekerja gudang menemui 2.5 kilogram bungkusan pagi semalam dan memaklumkan mereka.

Mereka akan turut melakukan pemeriksaan di beberapa gudang lain milik syarikat sama di Sofia, Varna dan Plovdiv sambil menjelaskan sebahagian pisang itu sudah dieksport ke Romania.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 10:20 AM