LAPANGAN minyak Shaybah di Arab Saudi.
Reuters

DUBAI: Sebuah lapangan minyak di Arab Saudi terbakar akibat diserang dron pemberontak Houthi hari ini, namun insiden itu tidak menjejaskan operasi.

Terdahulu, jurucakap Houthi berkata kumpulan itu melancarkan serangan terbesar terhadap Arab Saudi dengan menghantar 10 dron ke lapangan minyak Shaybah.

Union News melaporkan kenyataan pemimpin Houthi, Abdel-Malek al-Houthi di Twitter menyatakan serangan dron itu sebagai amaran kepada Emirates.

Sementara itu, syarikat Saudi Aramco dalam satu kenyataan berkata tiada kecederaan mahupun gangguan operasi berlaku ketika serangan.

Shaybah terletak lebih 1,000 kilometer dari kawasan jajahan Houthi di barat laut Yemen dan berhampiran sempadan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 11:37 PM