KEADAAN feri yang terbakar di perairan Pulau Sulawesi.
AFP

KENDARI: Seramai tujuh penumpang termasuk dua kanak-kanak terbunuh selepas feri dinaiki terbakar di perairan Pulau Sulawesi, awal pagi ini.

Empat mangsa dilaporkan hilang dan ketika kejadian, feri yang membawa puluhan penumpang itu menuju ke sebuah pulau di Sulawesi Tengah.

Jurucakap polis, Harry Goldenhard berkata, enjin mengeluarkan percikan api yang menyambar bahagian lain feri berkenaan.

Kebakaran dipercayai berlaku apabila tangki minyak diesel meletup.

Jumlah sebenar penumpang tidak diketahui dan seramai 60 orang berjaya diselamatkan.

Kanak-kanak yang maut berusia dua dan empat tahun.

Letupan tangki minyak dipercayai punca kebakaran feri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 9:41 PM