GAMBAR HIASAN
AFP

BOBIGNY: Seorang pelayan maut ditembak pelanggannya hanya kerana sandwic dipesan lambat sampai dalam kejadian di sebuah restoran di Paris, semalam.

Kejadian berlaku apabila suspek marah kerana mendakwa mangsa mengambil masa lama untuk menghantar makanannya.

Suspek kemudian mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah mangsa berusia 28 tahun itu sebelum melarikan diri.

Sumber berkata, pekerja restoran segera menghubungi polis dan mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 9:18 PM