GAMBAR Hiasan
AFP

MEXICO CITY: Mexico mengumumkan penahanan seorang warga Amerika Syarikat yang disyaki menyokong kumpulan jihad dan kini ditempatkan di sebuah pusat tahanan sebelum diusir ke Amerika Syarikat.

Pejabat umum pendakwa raya Mexico berkata lelaki itu tersenarai dalam ‘notis biru’ Interpol selepas disyaki oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana ‘menerbitkan bahan yang menyokong keganasan jihad dan Islam radikal’ dalam talian.

Notis biru Interpol mengarahkan agar maklumat tambahan identitit, lokasi dan aktivitinya berkaitan jenayah direkodkan, menurut organisasi polis antarabangsa.

Media Mexico melaporkan lelaki itu dikenali sebagai Mohammed Azharuddin Chhipa.

Dia ditahan di sebuah pusat tahanan di Huehuetan, di selatan Chiapas, berhampiran sempadan Mexico-Guatemala, kata pejabat pendakwa raya persekutuan dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 11:55 AM