JOKO Widodo secara rasminya mencadangkan kepada Parlimen, rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan. FOTO EPA
Reuters

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo secara rasminya mencadangkan kepada Parlimen, rancangan untuk memindahkan ibu kota negara itu ke Kalimantan di pulau Borneo, Indonesia, hari ini.

Widodo menyatakan cadangan itu ketika berucap di Parlimen, sehari sebelum negara itu menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-74.

“Saya dengan ini memohon persetujuan anda, untuk memindahkan ibu kota negara kita ke Kalimantan,” kata Widodo yang bakal mengangkat sumpah untuk penggal kedua Oktober ini selepas menang pilihan raya April lalu.

“Ibu negara bukan sekadar satu simbol identiti nasional, malah menggambarkan kemajuan sebuah negara. Ia adalah untuk merealisasikan kesaksamaan dan keadilan ekonomi,” katanya, tanpa menyatakan lokasi sebenar ibu negara baharu itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 1:34 PM