GAMBAR hiasan
AFP

SYDNEY: Sepasang warga emas Australia cedera selepas diserang Goanna ketika cuba menyelamatkan anjing mereka daripada haiwan itu, kata petugas kecemasan hari ini.

Goanna, sejenis biawak yang mempunyai gigi besar dan kuku tajam serta mampu membesar sehingga dua meter. Namun ia jarang menyerang manusia.

Jurucakap ambulans berkata, pasangan itu di cakar dan digigit pada kaki dan lengan ketika cuba menyelamatkan anjing mereka.

Bagaimanapun, anjing itu tidak dapat diselamatkan, kata penyiar rasmi, ABC.

“Kedua-dua pesakit itu bertuah kerana tidak mengalami kecederaan yang lebih serius kerana Goanna agak ganas,” kata jurucakap itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 1:19 PM