GAMBAR hiasan
Agensi

MANILA: Seorang budak lelaki maut selepas diheret buaya dari bot dinaikinya bersama keluarga ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di sungai berhampiran bandar Balabac, Palawan, baru-baru ini.

Ketika kejadian, mangsa Milhasan Suraping, 10, duduk di belakang bot bersama abang dan kakaknya.

Memetik Palawan Daily News, mayat mangsa ditemui nelayan di hutan bakau kira-kira 90 kilometer dari tempat kejadian dan polis mengesahkan sebahagian tubuhnya dibaham.

Susulan itu, penduduk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan berikutan kejadian terbabit kes serangan kelima buaya sejak tahun lalu.

Pada Februari tahun lalu, pihak berkuasa menangkap buaya sepanjang 4.75 meter yang dipercayai membunuh seorang nelayan di Balabac.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 12:33 AM