VIDEO rakaman pekerja yang menjadi tular di media sosial. FOTO Agensi
Agensi

BEIJING: Sebuah syarikat binaan di China mendenda pekerjanya menelan ikan hidup serta minum darah ayam kerana gagal mencapai sasaran jualan, kejadian yang dikecam orang ramai serta tular di media sosial.

Rakaman video kejadian di di Guizhou, minggu lalu, menunjukkan seorang lelaki menghulurkan ikan dari baldi kepada sekumpulan pekerja, mengarahkan mereka mengunyah dan menelannya.

Beijing News melaporkan, ia turut menunjukkan reaksi pekerja malang itu yang hampir muntah ketika dipaksa meminum sejenis cecair dipercayai darah ayam.

Tindakan keterlaluan itu menyebabkan syarikat terbabit kini disiasat jabatan buruh selain menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial.

Jurucakap syarikat berkenaan yang mengesahkan kesahihan rakaman berkenaan, menegaskan pekerja melakukannya secara sukarela sebagai motivasi untuk berusaha lebih keras.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu, membabitkan 20 pekerja yang gagal memenuhi sasaran jualan masing-masing.

South China Morning Post melaporkan, semua pekerja itu adalah pemilik kedai yang mahu menghukum diri sendiri namun ia gagal meyakinkan netizen.

“Hukuman seperti ini amat biasa dilakukan syarikat yang menjual bahan binaan.

“Mereka hanya datang kerja tetapi kini hilang maruah,” tulis seorang lagi pengguna.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Ogos 2019 @ 7:41 AM