HUJAN lebat melebihi 48 jam boleh mengakibatkan banjir di beberapa kawasan terjejas. FOTO: AFP
AFP

NEW DELHI: India mengeluarkan amaran baru banjir di beberapa bahagian di selatan Kerala ketika bencana itu meragut sekurang-kurangnya 209 nyawa di seluruh negara.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk tempatan mengenai kemungkinan dilanda hujan lebat dalam tempoh sehingga 48 jam di kawasan paling terjejas, lapor AFP.

Hujan lebat di beberapa bahagian Kerala, Karnataka, Maharashtra dan Gujarat memaksa lebih 1.2 juta penduduk meninggalkan rumah dan terpaksa berteduh di khemah disediakan kerajaan.

Kerala dilanda banjir terburuk dalam tempoh satu dekad tahun lalu apabila meragut 450 nyawa dan ia masih dalam proses membangunkan semula lebuh raya serta landasan kereta api yang musnah teruk.

Angka kematian bencana terbaru kali ini meningkat kepada 95 orang dalam tempoh semalaman manakala sekurang-kurangnya 59 masih hilang, kata polis.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 3:17 PM