GAMBAR HIASAN
AFP

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia berjaya mematahkan sindiket dadah antarabangsa susulan penahanan empat warga Britain di negara itu dan New Zealand.

AFP melaporkan, mereka turut merampas 766 kilogram methylenedioxymethaphetamin (MDMA) di Queensland dengan harga pasaran dianggarkan AS$61 juta (RM255 juta).

Operasi itu dilakukan dengan koordinasi antara pihak berkuasa Australia, New Zealand dan Britain yang bekerjasama mematahkan sindiket antarabangsa terbabit.

Dua daripada mereka berusia 51 dan 40 tahun ditahan di Australia bersama seorang lagi lelaki Queensland berusia 26 tahun berdepan dakwaan memiliki dan membekalkan dadah.

Manakala polis New Zealand akan mendakwa dua lagi lelaki berusia 60 dan 49 tahun selepas menemui 200 kilogram (kg) methamphetamine minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 2:52 PM