GAMBAR hiasan
AFP

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala dua cedera selepas Sudan dilanda hujan lebat yang menyebabkan banjir besar di selatan negara itu semalam, lapor agensi berita tempatan.

AFP yang memetik agensi berita itu, SUNA melaporkan sebanyak sepuluh kampung terjejas akibat hujan dan banjir di negeri Jazira.

Hujan lebat yang melanda sejak beberapa hari lalu turut memusnahkan beratus kediaman di Khartoum.

Sejak seminggu lalu, sekurang-kurangnya enam orang maut di Jazira dan barat wilayah Darfur dan ribuan penduduk terjejas akibat banjir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 10:45 AM