POLIS Australia berkawal dikawasan kejadian. Foto EPA
AFP

SYDNEY: Amukan lelaki yang menikam seorang wanita dan cuba menyerang beberapa orang awam lain berjaya dihalang sebelum dia ditahan polis dalam kejadian di tengah Sydney, Australia hari ini.

AFP melaporkan, stesen televisyen tempatan menyiarkan lelaki terbabit melompat ke atas bumbung kenderaan sambil menghayun pisau dan melaungkan ‘tembak saya’.

Menurut polis, wanita terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak ada laporan kes kecederaan lain yang diterima biarpun terdapat beberapa cubaan menikam orang awam.


MANGSA dibawa ke hospital namun dilaporkan stabil. Foto EPA

Pada masa sama, pihak berkuasa turut menemui satu mayat berhampiran lokasi kejadian namun masih menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan serangan terbabit.

Polis juga sedang melakukan siasatan untuk menentukan motif sebenar lelaki berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 3:18 PM