PUSAT Islam Al-Nor. Foto Daily Mirror
AFP

OSLO: Seorang cedera akibat tembakan dalam masjid di pinggir ibu negara Norway semalam, dan polis sudah menahan seorang suspek.

“Seorang ditembak. Tahap kecederaan mangsa belum dapat dipastikan. Seorang suspek ditahan,” kata kenyataan polis Oslo di Twitter.

Kejadian tembakan itu berlaku di Pusat Islam Al-Noor di bandar Baerum,

Setakat ini polis hanya menyatakan suspek berkulit putih dan tiada suspek lain atau mangsa tambahan terbabit.

“Seorang jemaah kami ditembak lelaki kulit putih memakai topi keledar dan berpakaian seragam,” kata pengerusi pusat Islam itu, Irfan Mushtaq, kepada akhbar tempatan Budstikka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 12:01 AM