ROSS Dunkley dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun.
AFP

YANGON: Mahkamah di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang penerbit akhbar warga Australia selepas polis menyerbu dan menemui sejumlah dadah di rumahnya tahun lalu.

AFP melaporkan, Ross Dunkley, 60, mempunyai kaitan dengan industri media di seluruh Asia Tenggara dan turut menjadi pengasas bersama akhbar The Myanmar Times ketika negara itu dicengkam pemerintahan diktator tentera.

Dia juga pernah menjadi pemilik bersama Phnom Penh Post.

Dia dan rakan perniagaan, John McKenzie dan tujuh lagi warga Myanmar ditahan polis selepas serbuan dilakukan pada Jun tahun lalu di rumahnya di Yangon.

Menurut polis menemui sejumlah dadah termasuk methamphetamine kristal, pil yaba serta heroin.

Seorang lelaki dan wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah Dunkley bagaimanapun dibebaskan polis selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 6:34 PM