WALMART tidak hentikan penjualan senjata api dan peluru. -Foto AFP
AFP

NEW YORK: Syarikat runcit gergasi Walmart tidak merancang untuk menghentikan penjualan senjata api dan peluru meskipun dua kejadian tembakan berlaku di cawangannya dalam tempoh kurang dari seminggu.

Semalam, seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah Walmart di El Paso, Texas menyebabkan 20 orang maut.

Empat hari sebelum itu, seorang pekerja menembak mati dua rakan sekerja dan mencederakan seorang anggota polis di Walmart Mississippi.

Jurucakap Walmart, Randy Hargrove berkata, syarikat itu fokus dalam memberi sokongan kepada rakan kongsi, pelanggan serta komuniti El Paso.

Walmart tetap mensasarkan penggemar sukan menembak dan pemburu sebagai pelanggannya.

Syarikat itu membuat perubahan dasar senjata api sejak bertahun lalu dan memberhentikan penjualan pistol pada 1993.

Susulan kejadian 17 orang maut ditembak di sebuah sekolah di Parkland, Florida tahun lalu, Walmart meningkatkan usia membeli senjata api dan peluru kepada 21 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 12:03 PM