ASKAR Afganistan berkawal di pejabat calon Naib Presiden Afghanistan.
Agensi

KABUL: Sekurang-kurangnya 20 maut dan 50 cedera dalam satu letupan kuat disusuli pertempuran bersenjata di pejabat calon Naib Presiden Afghanistan, Amrullah Saleh di sini, semalam.

Menurut Reuters, Saleh terkena serpihan peluru, namun cedera ringan.

Beberapa gambar yang dikongsi seorang pegawai kerajaan menunjukkan Saleh dikelilingi pengawal keselamatan di sebuah laman dan lengan kanannya berdarah, lapor Al Jazeera.

Jurucakap Ketua Polis Kabul, Ferdous Faramarz berkata, letupan itu dipercayai pengebom berani mati dalam kereta dan tembakan masih berterusan apabila penyerang memasuki bangunan.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, tentera menembak empat militan dan menyelamatkan lebih 150 orang awam dalam operasi selama enam jam.


ANTARA mangsa yang cedera dalam letupan dan pertempuran bersenjata di pejabat calon Naib Presiden Afghanistan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 12:36 PM