SEKIRANYA disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. GAMBAR hiasan
AFP

VIENNA: Seorang doktor di Austria utara dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa melakukan penderaan sekurang-kurangnya ke atas 95 budak lelaki yang dirawatnya selama lebih 15 tahun, kata pendakwa raya, hari ini.

Suspek didakwa memberitahu mangsanya yang berusia bawah 14 tahun ketika itu bahawa dia melakukan prosedur perubatan, menurut kenyataan pejabat pendakwa raya di Wels selepas membuat siasatan selama beberapa bulan.

Susulan aduan dari seorang kanak-kanak membawa kepada penahanannya pada Januari lalu.

Berita penahanannya itu membawa kepada puluhan dakwaan daripada bekas mangsa dengan 95 orang dikenal pasti setakat ini.

Identiti doktor berkenaan belum boleh didedahkan agar latar belakang mangsanya dapat dilindungi. Menurut laporan akhbar Austria, suspek menjalani latihan di bandar kecil di sebuah wilayah.

Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Julai 2019 @ 10:18 PM