SEBUTIR bom yang ditanam di bawah jalan itu meletup menyebabkan kenderaan yang dinaiki semua renjer berkenaan terpelanting. FOTO: Agensi
Agensi

YALA: Empat renjer Thailand cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terkena sebutir bom yang ditanam di dalam jalan di daerah ini hari ini.

Media Informasi News melaporkan, kejadian berlaku ketika kenderaan pikap yang dinaiki askar berkenaan melalui jalan di Muqim Benang Star, daerah Benang Star di wilayah Yala.

Menurut laporan itu, ketika melalui kawasan berkenaan, sebutir bom yang ditanam di bawah jalan itu meletup menyebabkan kenderaan yang dinaiki semua renjer berkenaan terpelanting.

Letupan kuat itu mengakibatkan lubang sedalam satu meter.

Semua mangsa yang cedera dalam serangan itu dikejarkan ke hospital di Yala dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Pihak berkuasa percaya serangan berkenaan dilakukan oleh kumpulan pemisah yang aktif di wilayah selatan Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 10:56 PM