BUDAK lelaki tular pecah masuk dua kokpit kapal terbang persendirian di Zheijang. FOTO: Agensi
Agensi

BEIJING: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun tular di media sosial Weibo selepas cuba menerbangkan dua kapal terbang persendirian di Zhejiang, China tanpa kebenaran.

Kakitangan yang baru sampai di hanggar pada 15 Julai lalu, berasa terkejut selepas mendapati kedua-dua pesawat berada di luar dan satu darinya melanggar penghadang.

Asia One melaporkan, video rakaman CCTV di kawasan itu menunjukkan seorang budak lelaki memecah masuk kawasan persendirian itu dan cuba mengendalikan dua kapal terbang pada awal pagi.


PERCUBAAN pertamanya tidak berhasil kerana dia melanggar penghadang sebaik saja duduk di kerusi juruterbang. FOTO: Agensi

Percubaan pertamanya tidak berhasil kerana dia melanggar penghadang sebaik saja duduk di kerusi juruterbang.

Namun, percubaan kedua membuahkan hasil selepas berjaya mengelilingi pesawat lain sebanyak tiga kali.

Walaupun budak lelaki itu berjaya melarikan diri tanpa cedera, ibu bapanya diarah untuk membayar ganti rugi berjumlah 8,000 yuan (RM4,780) tetapi disebabkan masalah kewangan, mereka hanya membayar 2,000 yuan (RM1,195) iaitu sebahagian kecil daripada jumlah kos pembaikan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 10:46 PM