SERAMAI 17 orang terbunuh dan 28 lagi cedera selepas sebutir bom meletup di luar sebuah hotel.
Reuters

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 28 lagi cedera selepas sebutir bom meletup di luar sebuah hotel berhampiran lapangan terbang antarabangsa Somalia, dekat sini, kata pegawai perubatan.

Pengarah hospital, Mohammed Yusuf, berkata hospital di bandar Madina menerima 17 mayat dan 28 mangsa yang cedera selain 12 daripada mereka mengalami kecederaan serius.

Seorang pemilik kedai dan juga saksi, Farah Hussein, berkata letupan berlaku di pusat pemeriksaan pertama di sebatang jalan raya menuju ke lapangan terbang Mogadishu.

Dilaporkan, kumpulan militan al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda dipercayai bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 9:48 PM