Israel mula merobohkan rumah penduduk Palestin berhampiran pagar tentera di pinggir Baitulmaqdis. FOTO REUTERS
Reuters

SUR BAHER (TEBING BARAT): Israel mula melakukan persediaan untuk memusnahkan rumah penduduk Palestin berhampiran pagar tentera di pinggir Baitulmaqdis.

Reuters melaporkan, beratus tentera dan polis bersama jentolak masuk ke kawasan Sur Baher iaitu sebuah perkampungan warga Palestin di timur Baitulmaqdis yang ditawan dan dijajah Israel ketika perang Asia Barat pada 1967.

Penduduk khuatir struktur bangunan berhampiran pagar itu menjadi permulaan kepada tindakan terhadap beberapa bandar lain yang berada di sepanjang kawasan pagar membabitkan beratus kilometer.

“Sejak jam 2 pagi, mereka menghalau keluar orang ramai dari rumah masing-masing dan memasang bahan letupan untuk merobohkannya. Terdapat beratus orang anggota tentera di sini,” kata ketua komuniti, Hamada Hamada.

Bulan lalu, Mahkamah Agung Israel memutuskan bahawa struktur bangunan itu melanggar larangan pembinaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 12:44 PM