RAVEESH Kumar.
AFP

NEW DELHI: India meminta Tehran membebaskan 18 warga negaranya yang bekerja di kapal tangki British yang dirampas Iran di Selat Hormuz semalam.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri India, Raveesh Kumar memberitahu AFP, New Delhi sudah menghubungi kerajaan Iran untuk membebaskan pekerja berkenaan dan membawa mereka pulang.

Kapal tangki itu ditahan di pelabuhan Bandar Abbas kerana melanggar peraturan ‘maritim antarabangsa’ selepas bertembung dengan bot nelayan, kata pihak berkuasa Iran.

Jabatan Luar Negeri Filipina dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan meminta Iran membebaskan seorang rakyatnya di kapal itu yang dilaporkan dalam keadaan selamat.

Kenyataan itu turut menyatakan tiga warga negara Rusia dan seorang Latvia antara anak kapal terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 11:52 PM