GAMBAR Hiasan.
AFP

HAVANA: Enam pemain bola sepak sebuah pasukan kebangsaan Cuba berpaling tadah terhadap negara ketika di New York, Amerika Syarikat.

Pasukan bawah 23 tahun terbabit dalam perjalanan ke Kepulauan Virgin, Amerika Syarikat untuk perlawanan menentang pasukan wilayah itu, lapor akhbar Cuba, Granma semalam.

Sewaktu persinggahan di New York, enam pemain mengundurkan diri dari pasukan itu dan Granma menyifatkan tindakan mereka sebagai memalukan.

Menurut akhbar itu, perlawanan berlangsung pada 17 Julai lalu dan Cuba menang 3-2.

Pada Jun lalu, empat pemain bola sepak Cuba berpaling tadah di Amerika Syarikat ketika kejohanan Copa de Oro.

Sejak 17 tahun lalu, seramai 39 pemain bola sepak dari pelbagai pasukan kebangsaan berpaling tadah ketika di luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 11:47 PM