KEADAAN tempat kejadian yang mengalami letupan bom.
Reuters

KABUL: Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 33 lagi cedera selepas satu letupan bom kuat menggegarkan luar pagar Universiti Kabul ketika penuntut dan peguam menunggu giliran menduduki peperiksaan, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Wahidullah Mayar berkata, mangsa yang mengalami kecederaan terdiri daripada penuntut universiti itu dan mereka terpaksa dihantar ke hospital sejurus kejadian.

“Kejadian berlaku ketika beratus pelajar masuk ke dalam kampus. Kami dijadualkan untuk menduduki peperiksaan undang-undang sebelum dikejutkan dengan letupan bom,” kata seorang penuntut, Karima Wardak.

Jurucakap polis Kabul, Faramarz Firdaws memaklumkan, mereka mematikan bom kedua yang ditempatkan berhampiran kawasan kejadian itu.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 1:02 AM