LAQUAN mati ditembak pada 2014. FOTO/AGENSI
Reuters

CHICAGO: Panel polis Chicago, Amerika Syarikat, bertindak memecat empat pegawainya, semalam, susulan kematian seorang remaja kulit hitam, Laquan McDonald, yang ditembak pada 2014.

Penyebaran video tembakan yang berlaku pada November 2015 itu membangkitkan kemarahan penduduk di bandar berkenaan dan menyeru peletakan jawatan Datuk Bandar Rahm Emanuel.

Video itu dianggap penting dalam membuat keputusan kerana paparan imej bertentangan dengan laporan polis, kata sembilan anggota panel polis berhubung keputusan yang dikeluarkan atas talian.

“Salah laku responden adalah bertentangan dengan perkhidmatan sebagai pegawai polis di Jabatan Polis Chicago,” kata Lembaga Polis Bandar Chicago ketika membaca keputusannya.

Panel memecat pegawai berkenaan kerana melanggar kod polis dalam dakwaan menutup kematian McDonald, 17, yang membawa pisau ketika itu tetapi melarikan diri apabila dia ditembak 16 kali oleh polis.

Peguam bela kepada pegawai yang dipecat Sarjan Stephen Franko, Janet Mondragon, Daphne Sebastian dan Ricardo Viramontes, tidak dapat memberi komen kepada Reuters.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 4:18 PM