JASON Clark (kiri) dan Brandon.
Agensi

NEW YORK: Bapa kepada lelaki yang bunuh kekasihnya Ahad lalu dilaporkan pernah mengugut mahu mengelar leher isterinya pada 2010.

Rekod mahkamah daerah Oswego mendedahkan polis di Fulton mengambil masa 10 jam untuk berunding dengan Jason Clark.

Pada hari kejadian, Clark mengugut untuk membunuh isterinya dengan meletakkan sebilah pisau di leher wanita itu.

Lelaki itu turut mengugut mahu membunuh diri, lapor Daily Mail.

Clark pernah disabitkan melakukan serangan pada 1996 dan dua tahun kemudian, dia ditahan kerana mencuri.

Pada 2002, Clark disabitkan dengan cubaan memiliki barangan palsu.

Ahad lalu, anak lelakinya, Brandon, 21, didakwa mengelar leher bintang media sosial Bianca Devins kerana cemburu dan menyiarkan gambar mayatnya di Instagram.

Brandon dikejarkan ke hospital pada pagi kejadian kerana cuba membunuh diri.

Pihak berkuasa berkata, tiada bukti yang menunjukkan insiden pada 2010 mempengaruhi

Brandon untuk membunuh Bianca.

Menurut CNY Central, Clark meminta maaf kepada keluarga Bianca dan mengatakan Brandon dididik dengan baik dan cuma sedikit masalah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 1:16 AM