GAMBAR hiasan
Reuters

ATHENS: Seramai 12 remaja warga negara Israel direman lapan hari kerana disyaki merogol seorang pelancong wanita British di sebuah pusat peranginan di Cyprus.

Suspek berusia 16 hingga 18 tahun itu didakwa merogol mangsa dalam bilik sebuah hotel di Ayia Napa, pagi semalam.

Pegawai perubatan berkata, tubuh mangsa berusia 19 tahun itu mempunyai kesan lebam dan calar.

Kumpulan remaja terbabit menutup muka masing-masing dengan baju kemeja sendiri sewaktu diiringi ke mahkamah hari ini.

Portal berita tempatan SigmaLive melaporkan, salah seorang suspek menangis teresak-esak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2019 @ 10:30 PM