BORIS Johnson.
Reuters

LONDON: Boris Johnson memecah rekod sebagai ahli politik Britain berjaya mengumpul dana kempen paling banyak selepas mengekalkan pendirian terhadap Brexit dengan ikrar ‘buat atau mati’.

Sebahagian besar sumbangan daripada individu dan ahli perniagaan untuk kempen Britain keluar dari Kesatuan Eropah oleh Johnson itu meraih ratusan ribu pound.

Menurut data yang dikeluarkan Parlimen Britain semalam, dalam tempoh dua minggu lalu, Johnson merekodkan sumbangan sebanyak 200,000 pound (RM1 juta) menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun lalu, mencapai 702,000 pound (RM3.7 juta).

Berikutan itu, Johnson mengatasi rekod mengumpul dana oleh bekas Setiausaha Luar David Miliband yang meraih 627,000 pound (RM3.2 juta) ketika kempen untuk mengetuai Parti Buruh pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 11:08 PM