'GAME of Thrones' memperoleh 32 pencalonan Anugerah Emmy.
AFP

LOS ANGELES: Musim terakhir siri 'Game of Thrones' memperoleh 32 pencalonan Anugerah Emmy sekaligus mencipta rekod sebagai penerima pencalonan terbanyak bagi anugerah berkenaan.

Rekod terbabit sekali gus memecahkan rekod terdahulu dipegang oleh drama NYPD Blue, yang menerima 27 pencalonan pada 1994.

'Game of Thrones' yang dianggap sebagai drama fiksyen terhebat, secara keseluruhannya merangkul 161 pencalonan dengan 47 kemenangan.

Emilia Clarke dan Kit Harington menerima pencalonan dalam kategori pelakon utama, sementara lapan pelakon lain drama itu dicalonkan bagi kategori pelakon pembantu manakala musim kelapan dan musim terakhir juga memenangi anugerah teknikal.

Turut menerima pencalonan adalah The Marvelous Mrs. Maisel dengan 19 pencalonan, diikuti Chernobyl dengan 18 pencalonan.

Anugerah Emmy akan disampaikan dalam satu majlis di Los Angeles pada 22 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2019 @ 1:26 PM