POLIS mengawasi sebahagian penyokong Algeria. FOTO AFP
AFP

PARIS: Seramai 282 orang ditahan selepas rusuhan di Perancis susulan kelayakan pasukan bola sepak Algeria ke peringkat akhir Piala Negara Afrika.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, tangkapan dilakukan di seluruh negara petang semalam, dan 249 orang direman.

Selepas Algeria menewaskan Ivory Coast dalam perlawanan separuh akhir Khamis lalu, penyokong negara itu mencetuskan kekecohan di Paris tengah dan memecah masuk beberapa kedai.

Pada hari sama di bandar Montpellier, seorang penyokong Algeria yang memandu laju hilang kawalan lalu merempuh tiga beranak, menyebabkan seorang wanita dan bayinya maut.

Paris dan Marseille mempunyai komuniti besar kaum minoriti yang asal dari Algeria.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2019 @ 3:55 PM