FOTO Hiasan
AFP

BANGKOK: Seorang pemungut sampah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah di Thailand semalam, atas tuduhan merogol dan membunuh pelancong warga Jerman yang bercuti di pantai Koh Sichang.

AFP melaporkan, Ronnakorn Romruen dijatuhkan hukuman itu selepas dia membuat pengakuan salah atas semua tuduhan.

Dia ditahan pada April lalu selepas beberapa jam mayat mangsa berusia 27 yang berlumuran darah ditemui tersembunyi di bawah daun kering dan batu di pulau terbabit.

Mahkamah diberitahu, lelaki berusia 24 tahun itu berada di bawah pengaruh methamphetamine ketika merogol mangsa.

Mangsa yang cuba menyelamatkan diri kemudiannya dihentak dengan batu di kepala dan muka sebanyak beberapa kali.

Kecederaan parah yang dialami menyebabkan mangsa mati.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 12:59 PM