12 pegawai dan empat anggota tentera sudah ditahan, jelas jeneral Jamal Omar dari majlis tentera Sudan. FOTO Agensi
AFP

KHARTOUM: Majlis tentera Sudan menggagalkan cubaan rampasan kuasa selepas menahan 12 pegawai dan empat anggota tentera, kata jeneral tertinggi di stesen televisyen tempatan hari ini.

AFP, perkara itu diumumkan selepas jeneral memerintah sementara dan kumpulan yang membantah mereka mencapai persetujuan minggu lalu untuk menamatkan krisis politik yang membelenggu negara itu.

“Pegawai dan anggota daripada pasukan tentera serta Perkhidmatan Perisikan dan Keselamatan Negara yang di antaranya sudah bersara cuba melakukan rampasan kuasa. Cubaan itu bagaimanapun berjaya digagalkan.

“Ini adalah cubaan untuk menghalang perjanjian yang sudah dicapai oleh Majlis Tentera Peralihan dan Pakatan bagi Kebebasan dan Perubahan yang mempunyai matlamat membuka jalan kepada rakyat Sudan menuntut permintaan mereka,” kata Jeneral Jamal Omar dari majlis tentera menerusi kenyataan di stesen televisyen.

Sebelum ini dilaporkan, kedua belah pihak bersetuju mewujudkan sebuah Majlis kerajaan dengan presiden tentera dan awam yang bersilih ganti untuk tempoh tiga tahun atau lebih.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 11:58 AM