RIBUT yang melanda wilayah Halkidiki di utara Greece petang semalam. FOTO Agensi.
AFP

THESSALONIKI: Enam pelancong maut, manakala sekurang-kurangnya 30 cedera akibat puting beliung dan ribut hujan batu teruk melanda wilayah Halkidiki di utara Greece petang semalam.

Saksi memberitahu stesen televisyen ERT, ribut luar biasa itu hanya bertahan selama 20 minit.

Pasangan warga Czech maut selepas angin kencang menerbangkan karavan mereka, manakala seorang lelaki Rusia dan anaknya terbunuh dihempap pokok, kata polis.

Serpihan dari sebuah bangunan menyebabkan seorang wanita Romania dan anak kecilnya terbunuh.

Polis berkata, seorang nelayan dalam lingkungan 60-an dilaporkan hilang.

Ribut teruk berlaku selepas suhu cuaca di Greece mencecah 37 darjah celsius sejak dua hari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 11:05 AM