BANDAR Dhaka. FOTO Pixabay
AFP

DHAKA: Pengasas sebuah madrasah di sini, mendakwa dirasuk syaitan ketika merogol sekurang-kurangnya 12 murid perempuan.

Polis berkata, Al Amin yang juga guru besar madrasah di Fatulla ditahan semalam, selepas ibu salah seorang mangsa berusia 10 tahun membuat laporan.

Pada mulanya, suspek menafikan merogol mangsa dan berkata dirinya dirasuk syaitan.

Dia kemudian mengaku kepada polis memaksa beberapa murid melakukan hubungan seksual dengannya.

Ketua polis Kazi Samser Uddin berkata, siasatan mendapati suspek melakukan serangan seksual terhadap sekurang-kurangnya 12 murid perempuan di madrasah itu.

Menurut Uddin, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menonton berita mengenai serangan seksual di televisyen dan memberitahu ibunya dia turut diperlakukan perbuatan sama di madrasah.

Kejadian itu menyebabkan ratusan penduduk membuat bantahan untuk menuntut keadilan serta hukuman setimpal terhadap suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2019 @ 11:11 PM