KEADAAN bandar Sydney yang berkabus tebal. -Foto Reuters
Reuters

SYDNEY: Lapangan Terbang Sydney terpaksa menunda dan membatalkan puluhan penerbangan akibat kabus tebal, awal pagi ini.

Jurucakap Lapangan Terbang Sydney memberitahu Reuters, sebanyak 10 penerbangan tempatan terpaksa dibatalkan manakala beberapa penerbangan ke luar negara ditunda.

Penerbangan antarabangsa menghadapi kelewatan selama 30 minit dan penumpang diminta membuat pengesahan semula waktu pelepasan dengan syarikat penerbangan masing-masing.

Jurucakap Qantas berkata syarikat penerbangan itu terpaksa melencongkan tiga pesawat dan menunda beberapa penerbangan tetapi tiada pembatalan untuk penerbangan antarabangsa.

Virgin Australia berkata pihaknya turut menjangkakan kelewatan keluar dan masuk pesawat ke Sydney sehingga tengah hari ini dan menasihatkan penumpang untuk memeriksa status penerbangan dalam talian bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penerbangan mereka.

“Kami jangkakan kelewatan penerbangan akan berkurangan menjelang tengah hari,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2019 @ 10:49 AM