GAMBAR Hiasan.
AFP

OSLO: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun hari ini atas tuduhan melakukan penderaan seksual termasuk merogol lebih 100 orang kanak-kanak lelaki di Norway.

AFP melaporkan, dia yang kini berusia 27 tahun menyamar sebagai kanak-kanak perempuan di alam maya dengan nama Sandra sebelum memperdayakan dan membuat ancaman untuk mendapatkan video seks dari 460 kanak lelaki di bawah umur 16 tahun.

Bagaimanapun, pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya hanya membabitkan seramai 270 mangsa.

Dia membuat pengakuan salah terhadap sebahagian daripada pertuduhan itu ketika hadir di Mahkamah Daerah Nedre Romerike.

Lelaki terbabit kali pertama ditahan pada Jun 2016 sebelum dibebaskan namun dia meneruskan kegiatannya sehingga ditahan semula pada Oktober tahun yang sama.

Mahkamah turut memerintahkannya membayar sebanyak 18.6 juta kroner (RM9 juta) sebagai pampasan kepada mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 11:05 PM