BURUNG gagak dalam satu rakaman seperti gorila. FOTO Agensi
Agensi

TOKYO: Satu rakaman video yang menunjukkan seekor burung gagak berehat seperti gorila tular di media sosial baru-baru ini dan menyebabkan pengguna keliru dengan kelakuan haiwan berkenaan.

Burung itu dirakamkan berehat di Nagoya, Jepun dengan kepak dikembangkan ke bawah sama seperti gorila meletakkan tangannya di depan.

Mirror Online melaporkan, video yang dirakamkan Keitaro Simpson itu sudah ditonton lebih sembilan juta kali dan mendapat lebih 248,000 `like’ di Twitter.

Bagaimanapun, seorang pakar burung, Kaeli Swift memberi sedikit penjelasan mengenai gelagat luar biasa burung berkenaan.

“Sebenarnya apa yang dilakukan burung itu adalah berjemur.

“Apabila burung berjemur ia akan mengembangkan kepak ke bawah dan menegakkan ekornya. Pada sudut tertentu ia akan menyebabkan kaki dan ekornya seperti hilang,” katanya.

Menurutnya, burung biasanya berjemur untuk mengurangkan bakteria dan kutu pada bulunya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 11:34 AM