GAMBAR Hiasan.
AFP

LONDON: Pemenang bagi menggantikan Theresa May sebagai ketua parti Konservatif serta Perdana Menteri Britain akan diumumkan pada 23 Julai ini.

Bekas Setiausaha Luar Boris Johnson kini menjadi pilihan utama memenangi persaingan itu yang ditentang Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt.

Mereka berdua muncul meraih undi terbanyak selepas selepas lima pusingan undian oleh 313 Ahli Parlimen Konservatif.

Kini, terpulang kepada 160,000 ahli parti untuk memilih siapa antara Johnson dan Hunt untuk menjadi ketua parti dan seterusnya perdana menteri.

Kertas undi akan dihantar secara pos kepada ahli parti pada 6 hingga 8 Julai dan mereka perlu mengembalikannya pada atau sebelum 5 petang 22 Julai.

Menurut kenyataan parti itu, kedua-dua calon bersetuju pemenang diumumkan pada 23 Julai dan selepas itu, May akan menghadap Ratu Elizabeth II bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya secara rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2019 @ 9:37 PM